Tuesday 15 March 2016







Santau....

Ramai yg masih keliru perbezaan antara santau dan sihir biasa. Santau adalah salah satu bentuk sihir yg fatal hanya dgn izin Allah. Manakala sihir yg lain hanyalah berbentuk gangguan shj. Santau dikaitkan dgn pelbagai penyakit fizikal. Ibarat bisa yg ditinggalkan setelah dipatuk ular, santau meresap masuk ke dalam badan dan salur darah merosakkan organ dalaman mangsa. Santau atau bisa hanya boleh dikeluarkan oleh perawat yg sangat berpengalaman kerana jika tidak diuruskan dgn baik boleh memburukkan lg keadaan pesakit. 3 perkara yg perlu diambil kira dalam merawat santau adalah : Jin sihir yg membawa santau masuk, Bisa atau bahan santau dan Kesan kerosakan dalaman badan akibat bisa atau santau tersebut. 

Alhamdulillah, sepanjang karier saya berbelas tahun ini, bnyk sungguh kes santau telah Allah bantu saya selesaikan dan ramai sebenarnya tidak sedar dirinya telah disantau sehingga Allah aturkan dtg berjumpa saya utk pemeriksaan kesihatan biasa. Ada jenis santau yg merosakkan dalam tempoh masa bertahun tahun lamanya dan ada juga dalam masa kurang 24 jam shj mangsa menemui ajalnya...semua dgn izin Allah jua. Ada pelbagai kaedah mengeluarkan bisa santau mengikut keilmuan masing masing. Saya menggunakan kombinasi kaedah ruqyah syarriyyah dan pelbagai kaedah tradisional melayu serta ilmu perubatan sains. Jangan risau, kaedah kami pantas dan tepat in sha Allah dan tidak memerlukan anda memuntahkan paku atau kaca sebaldi berhari hari seperti ditonton dlm tv....hehe...

Semuanya dipulangkan kembali kepada Allah s.w.t, tempat bergantung segalanya.....

Kami di Syifa Nur Ikhlas menawarkan khidmat pengesanan serta rawatan sihir, santau dan saka serta pelbagai penyakit fizikal dgn bayaran seikhlas hati dan bahan rawatan yg sangat rendah kosnya. Silalah berhubung utk maklumat lanjut.

Call/Sms/Watsap: 0172422407

Dr.Amir Shahmi Bin Md Ali (M.b.b.s, UIA)
Consultant Rawatan Tradisional Islam,
Pengasas Syifa Nur Ikhlas.
Exco GAPPIMA & Ahli PERHIJAM.